Sunday 30 December 2012

Batas gurauan!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman....



Islam menggalakkan ummatnya mengeratkan silaturrahim sesama manusia agar kehidupan harmoni. Kita juga digalakkan untuk menyenangkan hati sesaama saudara kita dan salah satu caranya adalah dengan bergurau senda.
Nabi kita Muhammad saw menjalani kehidupan bersama para sahabat dan ahli kerabat seperti manusia biasa. Baginda berkonsi kesedihan, kesusahan, dan musibah bahkan  pernah bergurau senda.
Gurauan merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam kehidupan. Bagaimana pula dengan insan agung iaitu Rasulullah saw? Apakah baginda pernah bergurau dalam melayari kehidupan di atas dunia ini, atau baginda bersikap serius dalam segenap perkara?


Sebenarnya, apabila diteliti dalam sirah nabi saw, didapati bahawa Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan para sahabat dan juga bergurau dengan isteri-isteri baginda. Malahan, gurauan nabi saw telah menceriakan suasana kehidupan dalam rumahtangga baginda dan mengeratkan lagi persaudaraan dengan para sahabat.
Rasulullah saw juga berusaha mempastikan agar gurauan baginda itu tidak menyakiti hati saudaranya yang lain, sebaliknya ia merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan dan keceriaan. Rasulullah saw pernah bersabda selepas bergurau dengan para sahabat, yang maksudnya: 'Aku hanya mengeluarkan perkataan dan ucapan yang benar'.(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi dan Imam Ahmad).


Justeru, seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab gurauan agar gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan dan tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam. Itulah indahnya Islam!. Sehubungan dengan itu, hindarkanlah daripada gurauan yang boleh menyakiti hati orang lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, menghina orang lain, memperlekehkan seseorang, menggelarkan orang lain dengan sesuatu gelaran yang tidak disukainya, apatah lagi apabila mereka-reka cerita dan berbohong dalam bergurau.
Begitu juga setiap orang hendaklah menghindari gurauan yang keterlaluan. Terdapat dalam masyarakat, mereka yang sentiasa bergurau tanpa mengira masa sehingga perkara yang sepatutnya menjadi serius pun tidak diambil berat. Gurauan seharusnya menjadi ’penambah perisa’ dalam pergaulan, bukannya dijadikan ’bahan utama’. 


Gurauan dalam kehidupan ibarat garam dalam masakan...kalau masakan itu terlebih garam sudah tentu terasa amat masin dan tiada siapa yang akan menjamahnya. Sama halnya dengan gurauan dalam kehidupan diperlukan sedikit sahaja sebagai perisa untuk melazatkan makanan.
Oleh itu berhati-hatilah dalam bergurau, jangan sampai berlebihan dan melampaui batas.  Jangan lah dalam gurauan ada unsur-unsur mencerca, menghina dan menyakiti orang lain kerana ia boleh mencetuskan kemarahan  dan pergaduhan hingga terputusnya silaturrahim.


 "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

mmt~

Friday 28 December 2012

iam in relationship!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman....


"dengan bangganya saya mengisytiharkan tentang hubungan yang tidak halal bersama seorang leleki pujaan hati"

Astagfirullah!!! banyak-banyak istighfarla...peringatan untuk diri sendiri dan peringatan bersama.....






Seorang wanita....
yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relation

ship... with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...





halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat..

.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

mmt~


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 146

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman....



hakikat kelahiran dan kematian....




1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

  2-Ketika kamu dilahirkan,  kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.





3-Ketika kamu dilahirkan,  kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

 
4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi  kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

 
5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.




6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

 
7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.


8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh

mmt~

subhanallah perasaan malu!!!

Dengan nama Allah Yng Mahe Pengasih dan Maha Penyayang
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita Muhammad bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman....



Allahu Akbar!!! Sosok Utsman bin Affan, sahabat Rasulullah yang sangat pemalu. Sampai-sampai Rasulullah dan para malaikat pun malu kepada Utsman. Yang harus kita renungkan, mengapa sampai para malaikat pun segan dan malu kepada sahabat rasul yang satu ini? Bukankah ini menandakan bahwa ada atau tidak ada orang, dalam kesendirian atau keramaian, Utsman tetap berakhlak sama, tidak ada yang berubah. Ia pemalu bukan hanya di hadapan manusia tetapi juga di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Ada ihsan dan keikhlasan di sini, tidak ada kepura-puraan.

Dalam shirah nabawiyah, Ali bin Abi Thalib mengungkapkan bahwa barangsiapa yang pernah berkumpul dengan Rasulullah SAW, kemudian kenal padanya, tentulah ia akan mencintainya. Beginilah Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita.






Sangatlah berbeza dengan kondisi kebanyakan kita yang semakin orang mengenal kita maka semakin terlihat akhlak kita yang buruk-buruk. Sesungguhnya akhlak baik bukan hanya di hadapan manusia,tapi juga di hadapan-Nya,di saat kita sendiri maupun dalam keramaian.





mmt~

Wednesday 5 December 2012

Bahana Bersangka Buruk

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Bin Abdullah suri teladan sepanjang zaman.

                                 

    Buruk sangka atau biasa disebut dengan Suudzhon adalah sifat yang sangat dilarang oleh Allah swt, banyak sekali kisah-kisah dan nasehat yang menggambarkan betapa besarnya kerugian yang diakibatkan oleh buruk sangka tersebut. Apakah berburuk sangka itu? Para ulama mendefinisikan buruk sangka:-
Adanya rasa curiga dan kekhawatiran yang tidak beralasan baik kepada saudara, sahabat dan manusia secara umum sementara tidak ada bukti atau alasan yang bolh membuktikannya.


يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱجْتَنِبُواْ كَثِيراً منَ ٱلظَّن  
إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّن إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ
وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ
لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(QS Al Hujurat: 12)

عن عَلِيِّ بنِ حُسَيْنِ قَالَ ،: قَالَ رَسُولُ الله :
«إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكَهُ مَالاَ يَعْنِيهِ (رَوَاهُ التَّرْمِذِيْ)
Dari Ali bin Husein bahwasanya Rasulullah saw pernah bersabda,
”Sesunnguhnya sebaik muslim itu adalah orang yang meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi dirinya.(HR Turmuzi)

Sahabat sekalian,
lawan daripada sifat suudzhan ialah HUSNU ZAN (Baik Sangka)


BAIK SANGKA salah adalah satu cabang iman yang patut di pegang oleh muslimin dan muslimat kita untuk pembentukan kehalusan iman yang hakiki.
Sekiranya kita terlalu mudah BURUK SANGKA , ia akan menjadi duri di dalam daging kita sendiri dan menjadi musuh di dalam selimut kita sendiri.
Andaian kita terlalu jauh di dalam hati seseorang ; malah sifat takabur dan bongkak akan lebih menjadi bertambah buruk bahananya kerana BURUK SANGKA adalah seperti nanah dari kudis yang ada.
Husnu Zan akan menjuruskan kepada keredhaan Allah, redha dengan segala ketentuan buruk yang Allah berikan kepada dia. Dan seorang yang berbaik sangka akan sentiasa berfikiran positif dan tidak takut dengan segala cabaran iman yang ada. Cekal dan tetap di dalam pendirian nya sendiri.
Berbaik sangka juga akan menjadikan kita mulia hati dan sentiasa bersifat lapang dada dan tidak takut itu dan tidak takut ini. Ia akan membuat kita BERANI.
Berbaik sangka sesame kita juga, akan memudahkan segala perjalanan di dalam urusan pentadbiran Parti, kerajaan, urusan perniagaan dan juga urusan di dalam rumahtangga baik untuk persahabatan secara rasmi mahupun urusan tidak rasmi.
Sahabat sekalian,
Dalam konteks hubungan sesama ahli jemaah dan sahabat-sahabatnya. Apabila diberi teguran yang membina, seorang yang mempunyai sifat baik sangka akan menerimanya sebagai satu ingatan bukan sebagai satu penghinaan malah akan berterima kasih di atas pemberi ingatan kerana hakikatnya manusia itu sentiasa lupa dan lalai.
Tetapi orang yang sentiasa berburuk sangka dan mempunyai sifat dangkal di dalam hati, akan hanya menambah dosa yang ada. BODOH SOMBONG di namakan di dalam islam. Dia menggelapkan jiwa yang bertambah gelap. Contoh yang nyata apabila dia ditegur ia akan berkata:
“Aku tahu lah aku buat salah..tetapi tak payahlah nak tegur tegur. Jaga tepi kain sendiri lah. Tak payah nak berceramah panjang. Macam lah dia baik sangat. Baik sangat ke awak ni”
Dan kemudian terus mempersoalkan keburukan orang dan mencari kesalahan dalam diri orang lain.
Sifat buruk sangka dengan kebaikan yang orang hendak tunjulkan di dalam diri sendiri inilah yang di katakan Takabur. Maka dari sifat Takaburlah , sang Iblis di campak keluar dari syurga oleh Allah dengan penuh hina dan dina.
Sebalik nya ....Orang yang berbaik sangka akan berkata
“Bagus juga lah awak beri nasihat kat saya. Sekurang-kurangnya memberi keringanan dalam diri saya dari terus rasa marah dan menambah dosa yang telah ada ni”
Orang yang berbaik sangka akan mewujudkan sifat Mahasabah dan sentiasa menerima tunjuk ajar dengan baik. Itulah kelembutan hati yang membenarkan pintu kebaikan menuju ke arahnya.
Sahabat sekalian,
Kiranya ada baiknya ,,,,,,,,buat ahhirnya kita merenungkan syair yang dituliskan oleh Imam Syafi’i tentang tips membuang jauh-jauh sifat jelek-jelek dari dalam diri kita..

وَعَيْنُ الرِّضاَ عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ..كَمَا أَنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِيْ الْمَسَاوِيْ..


Mata apabila dibalut dengan rasa cinta, maka yang nampak hanyalah yang indah-indah saja… Tetapi apabila mata dibalut dengan rasa benci, maka yang nampak hanyalah yang keji-keji saja…
Wallahu a’lam....


MMT~